16 Feb- Teramat gembiranya rasa hati bila jumpa kawan lama masa kat SMKRP.Alkisahnya macam mana nak terjumpanya saya kena ganti kwan gi taklimat di PPD 2.30 ptg Isnin.Masa tu sy dok dlm kereta nak blk umah tiba2 GPK1 tel suruh ganti penyelaras saya yg anaknya kemalangan.sy pun naik ke bilik sy kat sek solat dan makan dulu.sy sampai ppd 3.10pm.yg kelakarnya saya baru nak letak punggung org lain angkat punggung nak pulang.bukan apa kita disuruh isi borang soal selidik(semua wakil sek di daerah B).yg paling mengejutkan sy ada seorang cg di tepi pintu melambai2kan tgnnya kpd sy.dlm hati sy org ni dah salah org kot.saya pandang dia beberapa kali dan terus mendekatinya.ya Tuhan....saya terus memeluknya.hampir berlinang airmata.mujur tak nangis kalau tidak malu kat cg2.saya hampir tak mengenalinya..tp tahi lalat di atas bibirnya terus mengingatkan saya pdnya......24 tahun lalu.
patutlah semenjak dua menjak ni hati saya selalu kata dia ada kat T.saya pernah lihat nama dia dlm senarai kursus bersama MH tahun lepas.Sy dah suruh MH cari empunya nama.tapi yelah dlm ramai2 cg mana satu tak tahu.
Syukur Tuhan mempertemukan kami dan saya bkata dlm hati mujur sy gi ganti kawan saya ke ppd.kami btukar2 no. hs.Sehari lepas tu dia sms sy menyatakan betapa gbiranya dia.Rupanya bila dia btukar ke B pd tahun 2003 dia dah dpt tahu sy di sini dan cuba mencarinya.Kami serupa.
Dan terasa betapa kecilnya dunia bila dia beritahu nama suaminya,MH kata kawannya dan best friend abg ipar sy,Y.Bila cakap nama abg ipar saya dia terus ty siapa kakak saya tu?Dia pun ingat Z krn kami sama2 di SMKRP.
Kami sama2 ada 5 org anak.Dan dia sedang menunggu kelahiran yg keenam bulan April nanti.
Masa sek dulu sy dok depan nga N.dia di belkg sy nga R.saya dan dia sama2 rindukan R.Di antara kami berempat hy R yg tak meneruskan pengajian kerana disuruh bapanya kahwin awal.kami bertiga dah jadi cg dan saya masih ingat lg pesanan R kpd saya"awak teruskanlah cita2 saya utk menjadi seorg pendidik kerana sy tidak dapt lg menggapainya."Aduhai teman sedihnya saya......kami ingin sgt bertemu dgnnya...bahagiakah dia?
Byk sgt kngn kami di SMKRP.lain kali kami ingin bertemu dan bercerita kisah lama.
Sahabat yg kusayangi wan natrah,org Golok.Selamt bertemu kembali..
Allah maha kaya.
Akhirnya Langkahku Sampai Di Sini
14 years ago