Wednesday, May 26, 2010

pibg kali ke-4

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-4 berlangsung akhirnya pd 23 Mei 2010. Kehadiran ibu bapa kali ini amat memuaskan.Ini mungkin kerana kehadiran ibu bapa pd solat hajat yg lalu amat berkurangan menyebabkan pelajar2 didenda oleh tuan pengetua.
Persiapan utk mesy hy dilakukan dlm masa 2 hari.Bayangkan kelam kabutnya guru-guru krn tarikh ini tidak dpt ditunda. Kami di bhg Jamuan VIP jg apa kurgnya.Yg geramnya pekerja2 yg tidak menjalankan tugas membersihkan kwsn persekitaran.Jamuan VIP diadakan di bilik ERT.Sampah sarap yg sudah berulat kerana hampir 5 hari tidak dibuang d bhg beranda bilik ERT.Tugas siapa?Akibatnya pekerja2 wanita di blok tersebut teruk kena marah....Kalau dah tahu kerja tukang sapu,tak payah disuruhlah hari2 kena buat.Kalau malas tak yah jd tukang sapu.takkanlah nak kena adu kpd pengetua baru nak buat.Yg lebih mengherankan pakaian mrk waktu bekerja mengalahkan guru-guru.macamana la nak pegang penyapu.Dan aku tidak tahu kekuatan apa yg ada pdku hari tersebut hingga aku sanggup menunggu mereka membersihkan kwsn tersebut dgn mulut tak henti2 membebel dgn kata2 tadi.Mungkin kerana terlalu geram kerana YB Razis akan tiba sekejap lagi utk menjamu selera.....Kata anak2 buah Kna dah layak jd pengetua krn mrk dah takut dan tak berani nak tuang kerja.
Kehadiran YB Seberang Takir amt bermakna.Drp kata2nya byk terselit maksud yg tersurat dan tersirat.Duit dlm poketnya RM2000 tidak diberikan kpd sek krn kehadiran kaum ibu lebih ramai drp kaum bapa.Katanya sepatutnya bapa yg ramai hadir krn mrklah yg membentuk disiplin pelajar.Wang berjumlah RM10,000 yg kami minta hy dpt RM5000 dgn bersyrat.Hari Ahad depan Pengetua mesti berconference dgnnya melelui internet dan guru2 semuanya mesti pandai guna internet.
Majlis hari tersebut berakhir jam 6.15 ptg.Hampir maghriblah aku sampai ke rumah.Letihnya tidak terkira........Sampai hari esok masih mengantuk.

Saturday, May 22, 2010

Selamat Hari Guru 2010 dan Hari Keluarga

16 Mei setiap tahun sentiasa ditunggu oleh warga pendidik. Begitu jugalah kami di SMKJ. Bulan Mei 2010 adalah bulan yg plg sibuk. Pd 7 dan 8 Mei kami dgn gembiranya merayakan Hari Keluarga di Lata Belantan.Aku dan beberapa teman yg lain sempat bermalam di sana.Pd mlmnya kami mengadakan BBQ.Keesokkan hari diwarnai dgn acara sukaneka dan sikecil kami tlh mdpt 4 hadiah.Afiq tempat pertama dlm mencari harta karun, izy tpt ke3 dlm peraduan mewarna,dan kami sekeluarga mndpt tpt ke5 dalm permainan Musang Berjanggut, dan akhirnya mdpt cabutan bertuah. Seronoklah bebudak tu.
10 Mei kami mengadakan solat Perdana dgn menjemput ustaz Ikhwan menyampaikan ceramah. Teringat daku akan kata2 ustaz, kalu nak marah suami, marahlah di waktu hendak tidur mlm dengan mengurut tangan suami atau ubun2 suami.Kalau nak gelang besar tu menangislah kuat2,lelaki biasanya kalah dgn airmata isteri.
Seterusnya 16 Mei kami menyambut kedatangan Hari Guru.Sebelumnya aku dan krew diamanahkan utk menyediakan hadiah2 dan cabutan bertuah kpd guru2.Byngkanlah kami terpaksa membeli beratus2 hadiah termasuk hadiah acara sukaneka.Aduh penatnya.Guru2 perempuan sempat berlatih utk nyanyian hari guru
Hari Ahad yg dinanti sudah tiba.Acara kami bermula dgn ucapan drp Ment. Pelajaran yg disampaikan oleh Pengetua. Seterusnya penyampaian cenderahati kpd semua guru drp pengawas sek.,pss, koperasi, pelajar2 dan pengurusan sek. aKu dan seorag teman sibuk menyelia pelajar menyampaikan hadiah. Seterusnya acara nyannyian lagu Guru Malaysia dan Guru Pembina Negara Bangsa oleh semua guru. Dlm kelam kabut utk menyanyi aku sibu mengenakan kot. sambil menyanyi, sambil pegang kertas dan satu tgn lagi asyik mengenakan butang kot. Tanpa kusedari anak2 di hadapanku tergelak2 kecil memandangku.Apahal bebudak ni ketawakan aku(kataku dlm hati).Ada seorg pelajar menunjuk2 ke arah bajuku.Aku memandang ke bawah.Astaghfirullah rupanya aku mengenakan butang macam pak uda.Malunya dlm hati.tapi buat selamba je.
Selepas itu kami bergambar beramai2, memotong kek hari guru dan menjamu selera. jam 10.30 pg acara sukanekan bemula. Jam 11.30 acara pentas dimulakan dan diselang seli dgn cabutan bertuah serta anugerah2 guru.Acara pentas diakhiri dgn acara nyanyian oleh guru2 perempuan. Sekali lg kami menjamu selera slm pulg. Penatnya hari tersebut tidak terkira.
3 hari sps itu kami mengadakan kursus dalaman, menyebabkan sepanjang minggu itu kepenatan. Dan satu lagi acara besar sedang menanti iaitu Hari Mesyuarat Agung PIBG yg akan diadakan pd 23 Mei.Satu lg tugas sdg menunggu iaitu menyediakan jamuan utk VVIP. 26 Mei sekali lg kami akan mengadakan kursus dalaman kerana sek kami dicalonkan utk ketegori meningkatkan prestasimelalui pembangunan organisasi. Bilalah nak adakan ulangkaji utk PTK.............penatnya mjadi guru......Selamat Hari Guru kpd semua guru yg sentiasa berkorban masa utk anak2 bangsa tercinta.

Sunday, May 16, 2010

Peristiwa 13 Mei

Usiaku baru setahun ketika berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa berdarah yg melibatkan perkauman. Aku bukan ingat peristiwa tu berlaku, cuma tahu kerana blajar subjek Sejarah. Jika di tanya anak2 zaman sekrg sudah tentu mereka tidak tahu akan peristiwa tsebut.
Yg ingin aku utarakan di sini bukannya peristiwa yg berlaku 13 Mei 1969 tetapi 13 Mei 2010.Sehari sebelumnya MH memberitahuku wang pinjamanku yg bernilai RMXXXXXX (cek)telah dibankan ke a/k bersama MH dan ayahandanya. Ini kerana mengikut perjanjian aku membeli tanah dan rumah drp Mentua.Yg sebenarnya taklik shj.Kerana harta tersebut sudah milik kami.Cdgnku wang tersebut akan dilaburkan ke dlm ASB spy berbaloi aku gunakan balik utk menjelaskan pinjaman.Sebelum ini suamiku ada mengutarakan utk membeli tanah di hadapan rumah kami dan aku bersetuju dgn harga RMXXXXX.Tetapi pd petang tersebut MH memberitahu ayah nak pinjam duit utk membeli tanah di Langkat,Setiu bersebelahan tanahnya sebelum ini.Kata ayah tanah yg kami nak beli boleh ditangguhkan dulu. Ayah sudah berjanji dgn tuan tanah. Bila tanahnya di belakang rumah kami dpt dijual akan dibayarnya semula duitku.Peristiwa yg dah kami jangkakan sebelum ini benar2 berlaku.Aku tidak bersetuju.
3.45 ptg Khmais, 13 Mei bila kupulang dr sek suamiku sekali lagi mengingatkanku ayah nak pinjam dulu duit.Katanya dia sanggup berbalah dgnku utk memenuhi hajat ayahnya yg terakhir buatnya.Aku cukup marah.Lalu kataku suami terlalu mengikut kata ayah. Dua bulan lepas aku masih ingat ayah pinjam duit dr kami sebyk rmxxxxx utk mbayar tanah di kg kami. Alasan yg sama diberikan kerana sudah berjanji dgn tuan tanah.Mh terpaksa mengeluarkan duit tabung anak2ku utk menjelasakannya.Entah bila dpt dibyr balik.....dan aku jg memberi pinjam sbyk rmxxxx utk ayah mendirikan rumah mengaji al Qurana(aku tahu niat ayah baik sebenarnya).Tapi berat jg hatiku utuk memberinya kerana di saat itu jglah MH terpaksa menjelaskan harga tanah yg baru kami beli sbyk rmxxxxxx.Aku dan Mh sudah berjanji utk tidak mengeluarkan wang TH kami kerana kami sudah ada niat utk ke sana.
Bila hati sudah marah mulalah terasa utk mengungkit pengorbananku selama ini.Dgn cucuran airmata aku cuba menyedarkan suami bhw kami bukannya org kaya raya utk tempat meminjam wang.Aku rasa adik-beradik Mh lebih berduit dr kami.Aku masih bertegas bahawa aku tidak merelakannya.Terhambur kata2 dr mulutku yg ayah tamakkan harta. Selepas Mh dimarahiku dia keluar ke kebun.Aku pula mencurahkan persaan mlalui sms kpd noje.....apa yg harusku buat.Noje menasihatiku spy beritahu ayah kononnya aku ingin membayar tanah keluarga dikg.
Ptg tersebut aku mogok tak makan,tak masak.Wpun aku sebenarnya hanya mengalas perutku dgn mee di waku pagi di sek krn sibuk menyiapkan hadiah hari guru.Anak2 pula bertanya uminya tak masak.Waktu malam aku hanya mengadap note book.Pagi esoknya pun aku tidak masak,tghari pun tidak.Tak tahulah aku Mh makan apa 2 hari ni.Mh, Afiq and Aifaa ke tusyen.Aku melilau di rumah tak tahu nak buat apa. Lalu terfikir olehku utk menyorok buku akaun suami.Kerana Mh belum menarik keputusannya aku mhantar sms kpdnya dgn didahuui dgn kata2 maaf........jk duit itu hak abg saya tidak kisah. tetapi itu hak saya.Saya lebih berhak.Ayah boleh menguasai anak2nya tapi bukan menantu2nya.Sy sudah lama berkorban jiwa dan perasaan.Jgn kerana ayah saya bermasam muka dgn abang.Saya rasa macam nak pergi sj dr sini buat sementara.Agaknya saya memang tidak sesuai hidup di sini dgn org2yg gila tanah(harta dunia)sedangkan bagi saya harta akhirat itu lebih bahagia.Kalau jiwa tidak ikhlas dan tenteram apa gunannya.Abang boleh beritahu ayah itu hak saya da n anak2 saya.Maaf....
SMS tersebut tidak berbalas.Senyap. SMS kedua ....saya ingin keluar ke Jerteh dgn anak2 utk menenangkan perasaan. Jawapan:ok.Jgn lupa tinggal kunci.Aku ke KFC bsama Imani,Izy & Amsyar.Slpas itu kami shopping hadiah hari guru.Jam 1 thari pulang ke rumah.Sementara Mh dan anak2 ke Masjid solat Jumaat aku dan Imani tdo.Kemudian aku lihat Mh ikut berbaring di sebelah Imani.Jam 4 ptg Mh mendekatiku dan menyatakan aku tidak perlu risau atau pening kepala lg. Semua dah settle katanya.Aku diam shja.
Slps Mh turun ke tanah membuat pagar aku mula memasak.Nampaknya mogokku sudah tamat.Berkesan juga ugutanku tadi.
Malam tu Izy sibuk meyiapkan kad ucapan utk ayahnya sempena hari guru bersama hadiah yg kami beli tghari tadi.Aku pula malas melayannya bila berty pendapatku utk menulis kata2.Cuma bila aku menyuruhnya membaca apa yg ditulis:Ayah ini hadiah dr Umi,Ayah yg Terbaik Buat Izy......dan aku menyuruhnya menambah dgn kata2:jgn sakiti hati umi lagi,Umi yg Terbaik Utk Ayah.
Pagi 15 Mei,kata MH:baru dapak peluk isteri.Aku tersenyum sendiri teringatkan perang dingin,perang saraf,mogok lapar, mogak masak.........Maafkan daku duhai suami.

Thursday, May 13, 2010

Bos baru

MAC 2010
Kami menyambut bos baru selepas cuti raya cina tanpa apa2 sambutan.pelik rasanya.
Dan tambah pelik bagi kami di sini bos kami org Dungun.Sepatutnya org Besut juga(kata sesetengah pendapat).
Bos baru, gaya baru.Awal2 tu ada yg kata oklah drp yg dulu.boleh terima pendapat kami. Yg kalutnya semua kami mesti pandai baca email dan jawab email.Bukannya semua kami ada internet kat rumah.bos pulak kaki internet,Setiap hari ada saja yg nak diemailkan.Aku tak yah cakap la jarang2 sekali buka email.Guru media terpaksalah mencipta email utk setiap guru. Aku rasa bos ni bosan sebenarnya tak dak keluarga kat sini.Famili dia tak ikut.Masih kat Dungun.
Lagi satu bos ni suka benar meeting.hampir setiap hari kami balik lewat krn meeting.kesian pulak anak2ku.member2 pun ramai yg merungut. Aku dan tman2 seangkatan cuba memahaminya.Bos bukan apa dia cuma nak rapat dengan kami, spt katanya dlm ucapan dasar" terimalah saya sebagai kawan.....".

Kuala Terengganu ---- Besut
Apa bezanya?Sama daerah dlm negeri Terengganu.Tapi hakikatnya perbezaan amat ketara.Org Besut ibarat org Kelate.org KT pulak penuh dgn loghat angnya.kami payah nak terima satu sama lain.Plg ketara dlm politik jg ada sengketa. kerana itu agaknya org Besut pun payah nak terima org KT.

Yg pasti byk input yg diberi oleh bos kpd kami mlalui email2nya yg jrg kami buka....kenapa....tak dak masa. Selalu bos tanya kenapa emailnya kami tak jawab?maka tersengeh2lah kami.Bukan tak nak jawab,tapi.............kat rumah?padat dgn kerja2 rumah,tambahan line internet very2 slow.Kat sek, tok sah cakapla juga byk.......koje.
Kenapa kehidupan hari ini rasanya 24 jam sehari rasanya tidak cukup.Sedangkan aku rasa semasa kecilku dulu lambatnya menunggu hari siang,@ lambatnya malam. Dunia semakin tua atau aku yg dah tua............

Tuesday, April 13, 2010

bibik lari part 2

Teringat Nida suruh sambung cerita ni.Bukan tak nak sambung, tapi ketiadaan masa(he..he.. tak pandai urus masa le tu)
Minggu pertama bibik tiada aku dpt meneruskan kehidupan spt biasa.bangun 4.15 pagi, panaskan lauk utk bersahur,kejutkan anak2. slepas makan sapu lantai, mop selang 2, 3 hari sekali.blk sekolah rehat sekejap sambil menyusukan Imani dan masak utk bbuka.Ok pulak rasanya w/p tiada pembantu.hari minggu aku menggosok pakaian utk minggu sterusnya.
Yg sukarnya Imani.Hari pertama bibik tiada aku bercuti, hari kedua Izy yg cuti menunggu Imani di rumah pengasuh baru(Farah).Hari ketiga Aifaa dan seterusnya Afiq. Kesian mereka terpaksa berkorban menunggu Imani. Nak buat macaman Imani tak biasa dgn org lain.Setiap hari menagis ditinggalkan. Habislah sanak sedara keliling rumah tu pakat gi dokong kalau dia menangis.Utg juga ramai sedara mara MH tinggal kat sini.
Walau b/manapun langit tidak selalu cerah.Minggu ketiga puasa dadaku dah mula semput.Penyakit asma dah dtg semula. aku tak boleh nak buat semua kerja. jadi kena rehat kan badan lebih byk lagi.Sebenarnya itulah sebabnya aku ingin pembantu rumah.Aku ingin rumah sentiasa kemas dan aku tidak berupaya melakukannya.........

Imani lain pulak ceritanya.Minggu kedua dia dah ok di rumah Farah. Alhamdulillah...Tetapi baginya satu penyiksaan utk menunggu uminya pulang. Kalau sek tu dekat sudah tentu aku pulang menjenguknya. Biasanya 1.30 ptg habis sek terus MH mengambilnya di rumah Farah dan MH terpaksa mendokongnya di rumah sementara menunggu aku pulang jam 3.00 ptg. Kesian Imani, bila kupulang terus menyusu dada.
Jika Imani tidor di rumah pengasuhnya biasanya jam 5.00 ptg Farah akan menghantarnya ke rumahku. dan aku pula sudah tentulah dpt merehatkan badan.

Raya puasa....hampir tiba.Persiapan raya beli sajalah kuih muih yg dah siap.tapi anak2 teringin buat biskut sendiri. Jadi kenalah mereka buat sdiri.Aku cuma mengadun bahan2 shj. Mana aku sempat nak masak utk buka puasa dan mengasuh Imani.Bantai saja lah si kanak2 tu buat biskut....
Bibik? Lupakanlah .....duit dah melayang.Kata MH ajarlah anak2 hidup berdikari. Maka bermulalah perang antara aku dan anak2. Berperang suruh mereka jemur kain, lipat kain, cuci pinggan,gosok baju, cuci kasut dan kemas bilik.Sakit kepala dibuatnya....................tension.Ibunya nak buat semua tu tak larat.Tapi bersyukurlah dengan kekuatan yg diberikan oleh Allah selama hidup ini

Tuesday, September 15, 2009

part 1- bibik lari

30 ogos 2009- Lebih kurang jam 4.10 pagi aku bangun utk menggoreng lauk sahur. selalunya aku bangun jam 4.30 am.bibik pula biasanya bngun jam 4.40am.aku selalu bangun awal dr pembantu rumahku pd bln puasa ini.jam 4.45 bibik belum bangun.kata hatiku biarlah dia penat agaknya.hampir jam 5 aku mengetuk pintu bilik bibik.tiada jawpn.aku terus mengejutkan suami dan anak2.sekali lagi aku mengetuk bilik bibik...senyap.anak2ku sudah mengelilingi meja utk makan.kata suamiku bukala pintu tengok bibik entah2 dah 'keras'katanya.aku buka pintu bilik bibik jam 5.05 a.m. dan darahku tersirap.....macam tiada orang saja kata hatiku.bila kubuka lampu dan melihat ke tepi dinding beg bibik sudah tiada terus terpacul dr mulut ku "bibik dah tiada bang.dia dah lari".suamiku bingkas bangun terus melihat ke bilik.rasa spt terhenti sejenak jantungku berdenyut.anak2ku turut terkejut. Apalah salahku padanya?mula2 hatiku berkata entah2 bibik sakit sebab tu dia lari.kami terus meninjau setiap pintu rumah. yg pasti dia keluar ikut pintu depan dan pintu dikunci kembali.anak kunci dicampak ke dlm rumah. aku menuju ke meja makan , nasi sudah tak dapat kutelan.terfikirkan imani , macammana aku nak ke sekolah?aku sms zan.terus dia tel dgn nada terkejut bertanya macamana boleh lari.
6.55 am aku tel pengetua memaklumkan aku cuti emergency hari ni.kemudian sms kpd PK1.Selepas itu sms ko jah,tel bi dan sms nun. 8 pagi suami tel ejen.ejen salahkan kami krn meamberi bibik guna hnd set.jm 9 pgi kmi buat laporan polis. lepas tu pusing2 jteh kut2 jumpa bibik.
aku sms nur anak bibik di seremban "terima kasih kerana melarikan ibu".Nur menafikannya degn bersumpah atas nama Allah.Sejenak aku percaya.dia jg tel katanya risau akan ibunya.Bila bi nasiht aku jgn percya kataa2 sumpah org indonesia.aku terfikir balik memang anaknya menipu aku.ibunya tak tahu jlan ke mana2 di sini.pasti dia yg bawa lari kerana nur pernah bermalam di rumahku.
Ptg mek pula tel bertanya tak cari ko bibik?aku kata nak buat apa?kata mek tarik bawa balik rumah,suruh kerja sampai 2 tahun.aku tergelak kecil,mek kalau orang dah lari,bawa balikpun dia lari lagi.mujur tak bawa lari Imani dan lain2 barang2ku.
nasib baik besok cuti hari merdeka,kata hatiku bibik juga ingin merdeka dr tugas2 rumah yg sama saban hari dibuatnya.
aku dan suami cuba mengimbau kesilapan kami:
1-membenarkan bibik ada tel sendiri kerana kami tiada tel rumah
2-membenarkan anaknya beraya di rumah kami th lepas
3-menghantar wang gaji setiap hujung bulan ke indon
4-kata mertuaku bibik selalu cakap dia tak mahu jadi pembantu rumah,tapi terlanjur dah jadi

aku terfikir kembali adakah kerja di rumahku terlalu banyak?rasanya rutin bibik hanyalah mop lantai,sapu sampah ,mesin kain,jemur dan gosok baju.masak kadang2 saja kerana aku yg kerap masak/buln puasa ni aku masak sendiri semuanya.cuci kereta jarang2 sekali.biasanya aku basuh sdiri kereta.lap cermin pun dia tak buat.rumput2 dah lama dia tak cabut.sarang2 labah2 pula seingatku sekali saja dia buang sawan.mungkin yg penat terpaksa kemas bilik anak2 yg bersepah dan paling penting jaga imani di waktu pagi. bila suamiku balik sekolah terus dia yg jaga imani sementara menungguku pulang.
entahlah mungkin dia dah tak suka tinggal dgn kami atau kampungnya terlalu menggamit memanggilnya pulang utk beraya di kampung halaman.....

Thursday, June 18, 2009

RESIPI UTK ORG ARAB(he..he.. Nida lah tu)

Kerabu Udang
600g udang harimau/udang kecil-celur sebentar-buang kulit
2 tangkai bunga kantan
2 batang serai
2 ulas bawang merah
5 biji cili padi/merah
8 biji limau kasturi/2 bj limau nipis
1 biji tomato
50g daun kesum/daun sop/daun ketumbar/yg sewaktu dengannya
Garam

Toskan udang yg telah dicelur.kemudian gaul dengan semua bahan yg telah dipotong kecil2.
Sebenarnya kadang2 resipi ni tak ikut manapun.main hentam saje apa2 ramuan yg ada.
Bagi resipi kat atas tadi yg membangkitkan selera bila aroma drp bunga kantan dan daun kesum.

Kat tanah arab tu ada ko daun kesum and bunga kantan? kalu tak dak tak yah la bubuh ganti je dgn daun2 yg disebutkan kat atas tadi.

Anak2 mesti tak makan kut.tak pa ini resipi pudding utk anak2 bujang nida.mesti suka.

Puding Marble

1 plastik agar2(25 g)
5 gelas air
3 bj telur
1 sd besar t,kastad
1 tin susu pekat manis
1 sd majerin
3 sudu koko
Sdikit air panas

Masak agar2. blend telur,kastad,susu.masukkan ke dalam agar2 yg telah hancur tadi.tambah majerin.kacau dan biar mendidih seketika.bhagikan kepada dua bahagian(1:2).kacau koko dgn air panas,masukkan ke dalam adunan yg sedikit.

Ambil bekas-tuang di tengah2 bekas secaraberselang seli.mula-mula 2 senduk bhgian yg byk dan satu senduk adunan koko.mesti dituang ditengah2 sepanjang masa. Sudah selesai iraikan dgn garpu supaya menjadi macam sarang labah2. sejukkan. Sekian selamt mencuba….