Tuesday, September 15, 2009

part 1- bibik lari

30 ogos 2009- Lebih kurang jam 4.10 pagi aku bangun utk menggoreng lauk sahur. selalunya aku bangun jam 4.30 am.bibik pula biasanya bngun jam 4.40am.aku selalu bangun awal dr pembantu rumahku pd bln puasa ini.jam 4.45 bibik belum bangun.kata hatiku biarlah dia penat agaknya.hampir jam 5 aku mengetuk pintu bilik bibik.tiada jawpn.aku terus mengejutkan suami dan anak2.sekali lagi aku mengetuk bilik bibik...senyap.anak2ku sudah mengelilingi meja utk makan.kata suamiku bukala pintu tengok bibik entah2 dah 'keras'katanya.aku buka pintu bilik bibik jam 5.05 a.m. dan darahku tersirap.....macam tiada orang saja kata hatiku.bila kubuka lampu dan melihat ke tepi dinding beg bibik sudah tiada terus terpacul dr mulut ku "bibik dah tiada bang.dia dah lari".suamiku bingkas bangun terus melihat ke bilik.rasa spt terhenti sejenak jantungku berdenyut.anak2ku turut terkejut. Apalah salahku padanya?mula2 hatiku berkata entah2 bibik sakit sebab tu dia lari.kami terus meninjau setiap pintu rumah. yg pasti dia keluar ikut pintu depan dan pintu dikunci kembali.anak kunci dicampak ke dlm rumah. aku menuju ke meja makan , nasi sudah tak dapat kutelan.terfikirkan imani , macammana aku nak ke sekolah?aku sms zan.terus dia tel dgn nada terkejut bertanya macamana boleh lari.
6.55 am aku tel pengetua memaklumkan aku cuti emergency hari ni.kemudian sms kpd PK1.Selepas itu sms ko jah,tel bi dan sms nun. 8 pagi suami tel ejen.ejen salahkan kami krn meamberi bibik guna hnd set.jm 9 pgi kmi buat laporan polis. lepas tu pusing2 jteh kut2 jumpa bibik.
aku sms nur anak bibik di seremban "terima kasih kerana melarikan ibu".Nur menafikannya degn bersumpah atas nama Allah.Sejenak aku percaya.dia jg tel katanya risau akan ibunya.Bila bi nasiht aku jgn percya kataa2 sumpah org indonesia.aku terfikir balik memang anaknya menipu aku.ibunya tak tahu jlan ke mana2 di sini.pasti dia yg bawa lari kerana nur pernah bermalam di rumahku.
Ptg mek pula tel bertanya tak cari ko bibik?aku kata nak buat apa?kata mek tarik bawa balik rumah,suruh kerja sampai 2 tahun.aku tergelak kecil,mek kalau orang dah lari,bawa balikpun dia lari lagi.mujur tak bawa lari Imani dan lain2 barang2ku.
nasib baik besok cuti hari merdeka,kata hatiku bibik juga ingin merdeka dr tugas2 rumah yg sama saban hari dibuatnya.
aku dan suami cuba mengimbau kesilapan kami:
1-membenarkan bibik ada tel sendiri kerana kami tiada tel rumah
2-membenarkan anaknya beraya di rumah kami th lepas
3-menghantar wang gaji setiap hujung bulan ke indon
4-kata mertuaku bibik selalu cakap dia tak mahu jadi pembantu rumah,tapi terlanjur dah jadi

aku terfikir kembali adakah kerja di rumahku terlalu banyak?rasanya rutin bibik hanyalah mop lantai,sapu sampah ,mesin kain,jemur dan gosok baju.masak kadang2 saja kerana aku yg kerap masak/buln puasa ni aku masak sendiri semuanya.cuci kereta jarang2 sekali.biasanya aku basuh sdiri kereta.lap cermin pun dia tak buat.rumput2 dah lama dia tak cabut.sarang2 labah2 pula seingatku sekali saja dia buang sawan.mungkin yg penat terpaksa kemas bilik anak2 yg bersepah dan paling penting jaga imani di waktu pagi. bila suamiku balik sekolah terus dia yg jaga imani sementara menungguku pulang.
entahlah mungkin dia dah tak suka tinggal dgn kami atau kampungnya terlalu menggamit memanggilnya pulang utk beraya di kampung halaman.....

5 comments:

Ummu Auni said...

sebenarnya bila dengar cerita cik ana pasal bibik tu, macam tak rela jadi bibik, aini dah rasa lain. yelah dia nak jadi tukang jahit bukan bibik. kekadang kasihan dan nak layan dia macam manusia, cuma dia orang selalu ambil kesempatan..aduhai..

Ibu WA Alim said...

Berapa lama dia de dudok dgn awak?
Pahtu loni guano?
Mmg bibi awak tu nampak ganjil sikit..tp tak tau ggapa..
Hrp2 takde skandal/sindiket pelik dahla..

noah said...

Bila awal tel saya pagi tu , sy betul3 rasa terkilan dan marah dengan perbuatan bibik kerana saya kasihan kan awak dan imani... apa lagi yg tak kena kerana sy tengok bibik dirumah awak cukup relax berbanding dengan bibik org lain. Dan awakpun layan dia dengan cukup baik...

Nida said...

Salam CA. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan Batin. Loni kerap benar dgr citer bibik lari..kena buat rule ketat sikit ko agen...kalau bibik x tamat lagi kontrak dah cabut, agen kena bayar penuh ko pelanggan (panggil pelanggan jugok ko kes nih?)..Biar bunyi 'kerah' sikit, baru agen sungguh jago bibik2..

cekna said...

Ye la Aini,CA pun kasihan kan dia sbb kena jadi bibik patutnya jadi tukang jahit,sbb tu kita layan dia dgn baik.kalu tahu dia nak buat macam ni CA rasa nak buli dia betul2.

Dia dok ngan saya lebih 10 bulan IWA.2 hari sebelum Imani lahir(7.10.2008) saya gi ambik dia di KB.Lo ni Imani dok ngan anak sepupu pin.

Noje,mmg saya pun terkilan tergamak dia buat kat saya.tapi betullah kata orang Indon ni tak boleh dipercayai.Mula2 jah nampak baik pah tu mula buat perangai.Masa awal2 dulu dia cukup rajin mengelap2 tingkap rumah saya, pah tu dokla. awak pun tgk sarang labah2 rumah saya,tak silap saya sekali jah saya suruh dia buat.macam jg cuci kereta jarang2 sekali saya suruh dia.sbb saya nampak dia terhegeh2 tak larat buat kerja tu.Kerana kasihan hampir setiap minggu cuciMyvi saya buat sdiri.Saya pun heran jg bibik org lain boleh cuci 2,3 buah kereta setiap minggu.itu yg saya rasa kalu ada depan mata nak cekik tekak dia, sbb byk kerja dia saya yg buat.

Salam kembali Nida dan Selamt ari raya. tulah bila dah jadi gini ejen lepas tangan sajalah.dia tak rugi apa2,kita yg rugi.CA pun rasa patut ada undang2 yg dikenakan thadp ejen. Cuma salah CA jg bila ejen pesan jgn bagi tel, kita bagi juga.Eh tak baik cakap pasal rugi,ayah pin marah....dia kata tak rugi dah sbb bibik tak bawa lari Imani dan barang2 lain.Itu yg CA pun rasa ok........kita selamat semuanya.