Teringat Nida suruh sambung cerita ni.Bukan tak nak sambung, tapi ketiadaan masa(he..he.. tak pandai urus masa le tu)
Minggu pertama bibik tiada aku dpt meneruskan kehidupan spt biasa.bangun 4.15 pagi, panaskan lauk utk bersahur,kejutkan anak2. slepas makan sapu lantai, mop selang 2, 3 hari sekali.blk sekolah rehat sekejap sambil menyusukan Imani dan masak utk bbuka.Ok pulak rasanya w/p tiada pembantu.hari minggu aku menggosok pakaian utk minggu sterusnya.
Yg sukarnya Imani.Hari pertama bibik tiada aku bercuti, hari kedua Izy yg cuti menunggu Imani di rumah pengasuh baru(Farah).Hari ketiga Aifaa dan seterusnya Afiq. Kesian mereka terpaksa berkorban menunggu Imani. Nak buat macaman Imani tak biasa dgn org lain.Setiap hari menagis ditinggalkan. Habislah sanak sedara keliling rumah tu pakat gi dokong kalau dia menangis.Utg juga ramai sedara mara MH tinggal kat sini.
Walau b/manapun langit tidak selalu cerah.Minggu ketiga puasa dadaku dah mula semput.Penyakit asma dah dtg semula. aku tak boleh nak buat semua kerja. jadi kena rehat kan badan lebih byk lagi.Sebenarnya itulah sebabnya aku ingin pembantu rumah.Aku ingin rumah sentiasa kemas dan aku tidak berupaya melakukannya.........
Imani lain pulak ceritanya.Minggu kedua dia dah ok di rumah Farah. Alhamdulillah...Tetapi baginya satu penyiksaan utk menunggu uminya pulang. Kalau sek tu dekat sudah tentu aku pulang menjenguknya. Biasanya 1.30 ptg habis sek terus MH mengambilnya di rumah Farah dan MH terpaksa mendokongnya di rumah sementara menunggu aku pulang jam 3.00 ptg. Kesian Imani, bila kupulang terus menyusu dada.
Jika Imani tidor di rumah pengasuhnya biasanya jam 5.00 ptg Farah akan menghantarnya ke rumahku. dan aku pula sudah tentulah dpt merehatkan badan.
Raya puasa....hampir tiba.Persiapan raya beli sajalah kuih muih yg dah siap.tapi anak2 teringin buat biskut sendiri. Jadi kenalah mereka buat sdiri.Aku cuma mengadun bahan2 shj. Mana aku sempat nak masak utk buka puasa dan mengasuh Imani.Bantai saja lah si kanak2 tu buat biskut....
Bibik? Lupakanlah .....duit dah melayang.Kata MH ajarlah anak2 hidup berdikari. Maka bermulalah perang antara aku dan anak2. Berperang suruh mereka jemur kain, lipat kain, cuci pinggan,gosok baju, cuci kasut dan kemas bilik.Sakit kepala dibuatnya....................tension.Ibunya nak buat semua tu tak larat.Tapi bersyukurlah dengan kekuatan yg diberikan oleh Allah selama hidup ini
Akhirnya Langkahku Sampai Di Sini
14 years ago
9 comments:
Akhirnya..lama sungguh tunggu sambungan.. hihi. Betul C.ANa, ida pun nok rumoh sentiasa kemas, baru kurang sikit stress. Ayat Cekna, 'Aku ingin rumah sentiasa kemas dan aku tidak berupaya melakukannya'. Ida bukan tidak berupaya tetapi cukup malas melakukannya, x taula C.Ana mungkin hari2 dok wak kreje' tulo, naik cemuh jugok..hihihi..
Apa2 pun keputusan c.Ana samada nak ambik/ tok ambik bibik.. Ida mengharapkan yg terbaik buat c.ana sekeluarga dan semoga c.ana sentiasa di dalam kesihatan yg terbaik. Amin.
Akhirnya..lama sungguh tunggu sambungan.. hihi. Betul C.ANa, ida pun nok rumoh sentiasa kemas, baru kurang sikit stress. Ayat Cekna, 'Aku ingin rumah sentiasa kemas dan aku tidak berupaya melakukannya'. Ida bukan tidak berupaya tetapi cukup malas melakukannya, x taula C.Ana mungkin hari2 dok wak kreje' tulo, naik cemuh jugok..hihihi..
Apa2 pun keputusan c.Ana samada nak ambik/ tok ambik bibik.. Ida mengharapkan yg terbaik buat c.ana sekeluarga dan semoga c.ana sentiasa di dalam kesihatan yg terbaik. Amin.
Kesian Imani. nasib baik ada abang dan kakak yg prihatin tolong tunggu dia.
Tak nak ambik Bibik kemboja pulak ke ikut Adik?
Saya ni kadang2 suka ada bibik kadang2 tak suka. Entah lah.. the main thing for me saya tak suka dan tak pandai masak hehe .. tapi rasanya boleh survive kalau tak de bibik. Dulu masa kerja pun pernah hampir 1 thn tak de bibik, ok je. Tengok la camne bila work permit dia tamat.. tapi kesian pulak sbb family dia amat bergantung dgn dia..
Betul tu kalau ada bibik rumah teratur..kita pun lbh masa utk diri sendiri, suami dan anak2 dll..tp kekurangannya anak2 (dan diri sendiri??) jadi manja dan tak tau berdikari..melainkan kita sentiasa ingat..wp ada bibik..tak blh biar anak2 (dan diri sendiri??) goyang/sapu/cuci kaki/tgn je..
Ttg abg/kakak dan sedara mara bergilir menunggu/membantu tu satu pelajaran yg baik..pelajaran ni bkn dpt kat sekolah je..pelajaran kehidupan tu kita dpt kdg2 tanpa kita sedaripun..
Adik dah ada pembantu ke? Myanmar ke?
betul kata nida kdg2 naik cemuh buat kerja yg sama.
ari tu ada jg org ty nak bibik kemboja ko...Mh tok sir,dia kata biarlah, anak2 jadi malas.
Ha..adik dah dpt ko maid kemboja?ko tak mari lg?
Assalamualaikum
bibik tok mari lagi...tengah tunggu.
eh, dr kemboja panggil bibik jugak ke :)
wsalam.bibik tu indon saja,kemboja tak tahu lak.danial pandai cakap dah ko?imani sikit2 butir,pah tu gak macam2 bhasa keluar.
hari tu dah singgah blog awak tengok post baru tapi tak berjaya nak komen.tu yg geramnya saya pun malas nak masuk blog family tu. alih-alih hari boleh lak.....
tak payah ada bibik la na. buat mana yg larat je. kain tu longgok longgok je dlm bakul tak payah lipat-lipat. entah lah kak mah yg janji nak g gosok baju tak leh hubungi pun agaknya dia tak mahu kot
ho la noje,tak palah kalu dia tok sir. anak2 dah bagi bakul satu sorang,tp kubang jg.agaknya sy kena wi 2 bakul.pah tu benci jg ngelih kain dio org tu dlm bakul kedut merut jah.kdg2 kalu rajin sy gi lipat hok amsyar jah lah.org lain suruh lipat gak sdiri.izy pun ok dah gosok baju sdiri.sy cuma gosok wak pin,sy and amsyar.masa tak dok bibik dulu pin gosok sdiri baju dia.lo ni malas pulak.
Post a Comment