Thursday, April 23, 2009

Kesian Imani

Si comel Imani begitu sukar utk ditinggalkan di awal persekolahan th ini. Lain drp anak2 yg lain, begitu senang ditinggalkan dengan susu botol. Imani pula kurang mahukan susu botol. 2 bulan pertama kurasakan terlalu sukar utk pengasuhku menjaganya. Di kala jam 11 pg mulalah Imani teringatkan ibunya, sedangkan aku jam 2.40 petang baru sampai ke rumah. Terpaksalah bibik mendukungnya ke sana ke mari dengan kain galasnya.
Syukur juga kerana si ayah pulang awall.Biasanya jam 1.4o ayah Imani sudah pulang. Dia akan mengambil alih tugas bibik mendukung Imani sambil menunggu aku pulanga.
Masuk bulan ketiga barulah Imani serasi dengan situasi kehidupan barunya yg terpaksa ditinggalkan ibu. Dan aku pula semakin sibuk dengan tugasan harian yg semakin menimbun. Tahun lepas aku boleh rileks kerana bos kesiankan aku yg sarat di waktu itu. Tahun ini terpaksalah aku menurut perintah bos yg tak pernah kering dengan pelbagai idea baru. Dan semakin lewatlah aku pulang,jam 3.30 baru tiba ke rumah. Kesiannya Imani bila kupulang tanganya menggapai2. Dengar sahaja suara ibunya terus menjerit mahu menyusu badan. Belum sempat kubuang baju sekolah bahuku disondol atau digigitnya.
Aku amat beruntung saat ini kerana Imani tidur awal pd waktu malam dan bila bangun pagi tidak pernah menangis. Sedang kami bersiap ke sekolah dia akan bangun dengan satu senyuman kecil. Berbanding waktu kecil dulu Imani kerap menangis. Kini tidak lagi. Imani semakin `buas' menyulur ke sana kemari. Punggungnya dah tertonggeng2 ingin merangkak agaknya.
Ketika ini abang2 dan kakak2nya pergi mengaji.Imani sedang berputar2 di atas walkernya di hadapan tv dan aku menghadap komputer.........