Si comel Imani begitu sukar utk ditinggalkan di awal persekolahan th ini. Lain drp anak2 yg lain, begitu senang ditinggalkan dengan susu botol. Imani pula kurang mahukan susu botol. 2 bulan pertama kurasakan terlalu sukar utk pengasuhku menjaganya. Di kala jam 11 pg mulalah Imani teringatkan ibunya, sedangkan aku jam 2.40 petang baru sampai ke rumah. Terpaksalah bibik mendukungnya ke sana ke mari dengan kain galasnya.
Syukur juga kerana si ayah pulang awall.Biasanya jam 1.4o ayah Imani sudah pulang. Dia akan mengambil alih tugas bibik mendukung Imani sambil menunggu aku pulanga.
Masuk bulan ketiga barulah Imani serasi dengan situasi kehidupan barunya yg terpaksa ditinggalkan ibu. Dan aku pula semakin sibuk dengan tugasan harian yg semakin menimbun. Tahun lepas aku boleh rileks kerana bos kesiankan aku yg sarat di waktu itu. Tahun ini terpaksalah aku menurut perintah bos yg tak pernah kering dengan pelbagai idea baru. Dan semakin lewatlah aku pulang,jam 3.30 baru tiba ke rumah. Kesiannya Imani bila kupulang tanganya menggapai2. Dengar sahaja suara ibunya terus menjerit mahu menyusu badan. Belum sempat kubuang baju sekolah bahuku disondol atau digigitnya.
Aku amat beruntung saat ini kerana Imani tidur awal pd waktu malam dan bila bangun pagi tidak pernah menangis. Sedang kami bersiap ke sekolah dia akan bangun dengan satu senyuman kecil. Berbanding waktu kecil dulu Imani kerap menangis. Kini tidak lagi. Imani semakin `buas' menyulur ke sana kemari. Punggungnya dah tertonggeng2 ingin merangkak agaknya.
Ketika ini abang2 dan kakak2nya pergi mengaji.Imani sedang berputar2 di atas walkernya di hadapan tv dan aku menghadap komputer.........
Akhirnya Langkahku Sampai Di Sini
14 years ago
13 comments:
Bagusla CA, bekerjaya n boleh menyusu badan lagi. Banyak dapat pahala. Ida mmg respect sgt ibu2 yg berjaya menyusu badan sbb ida berjaya kecil2an dgn yg kecik skali ni jer. Yg lain semua botol dari lahir..
Kesian Imani. Itu la mek royak, Imani lembik lotek tunggu umi dia balik dari sekolah.
Ssienyo sapa lembek llotek..
Tu, tandanya anak bongsu....Lisha pulak la ni setiap pagi tanya "Ma tak olah ari ni?"."nak ngiba ma".
Kesian jugak sentiasa mharapkan saya tak g sekolah dan dptlah duduk atas riba. juga tanda2 anak bongsu abe2nya dulu tak lagu tu.
Imani tu kecik lagi kesian dia..kalu sek dkt boleh balik menyusu.
Bkn ke sek Na dkt rumah..? Sblm tubet ko jln besa tu ke..?
IWA tu ketinggalan keretapi,cekna
dah naik pangkat"ketua bidang",sikit lagi jadi pengetua...sek baru tu jauh sikit, dari rumah,lagipun bila dah jadi ore besar kenalah tunjuk disiplin sikit..jage mare cekna.
Sori..
Demo tak lapor diri katmo..mano amo tau..
Tahniahlah..rasanya bila2 masa pon tak pernah terlewat utk mengucap..
Selamat hari ibu dinda..
Selamat hari ibu buat MI,ME,IWA,YM,NIDA AND SEMUA IBU2.
betoi ko imani anak bongsu tu ME?harap2 begitulah baru sene nak gi jalan.
Betulla kena disiplin sikit jadi org atas2 kayangan ni.kena blk lewat sikit pada anak buah.
ho la IWA ni ketinggalan zaman betul.sy dah pindah sek jak julai th lalu.jaraknya 17 km.
Comelnya Imani....
Selamat hari guru.
salam cik ana...lama xjupe...cuti sekolah ni balik...28 - 7 jun...jupe nati kalu kesempatan...salam kat semua...
tq IWA.
betulla pokbe lumy lama tak jumpa.CA dah tgk gambor topi cowboy tu. macam jat mexico pulak.
Post a Comment