Usiaku baru setahun ketika berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa berdarah yg melibatkan perkauman. Aku bukan ingat peristiwa tu berlaku, cuma tahu kerana blajar subjek Sejarah. Jika di tanya anak2 zaman sekrg sudah tentu mereka tidak tahu akan peristiwa tsebut.
Yg ingin aku utarakan di sini bukannya peristiwa yg berlaku 13 Mei 1969 tetapi 13 Mei 2010.Sehari sebelumnya MH memberitahuku wang pinjamanku yg bernilai RMXXXXXX (cek)telah dibankan ke a/k bersama MH dan ayahandanya. Ini kerana mengikut perjanjian aku membeli tanah dan rumah drp Mentua.Yg sebenarnya taklik shj.Kerana harta tersebut sudah milik kami.Cdgnku wang tersebut akan dilaburkan ke dlm ASB spy berbaloi aku gunakan balik utk menjelaskan pinjaman.Sebelum ini suamiku ada mengutarakan utk membeli tanah di hadapan rumah kami dan aku bersetuju dgn harga RMXXXXX.Tetapi pd petang tersebut MH memberitahu ayah nak pinjam duit utk membeli tanah di Langkat,Setiu bersebelahan tanahnya sebelum ini.Kata ayah tanah yg kami nak beli boleh ditangguhkan dulu. Ayah sudah berjanji dgn tuan tanah. Bila tanahnya di belakang rumah kami dpt dijual akan dibayarnya semula duitku.Peristiwa yg dah kami jangkakan sebelum ini benar2 berlaku.Aku tidak bersetuju.
3.45 ptg Khmais, 13 Mei bila kupulang dr sek suamiku sekali lagi mengingatkanku ayah nak pinjam dulu duit.Katanya dia sanggup berbalah dgnku utk memenuhi hajat ayahnya yg terakhir buatnya.Aku cukup marah.Lalu kataku suami terlalu mengikut kata ayah. Dua bulan lepas aku masih ingat ayah pinjam duit dr kami sebyk rmxxxxx utk mbayar tanah di kg kami. Alasan yg sama diberikan kerana sudah berjanji dgn tuan tanah.Mh terpaksa mengeluarkan duit tabung anak2ku utk menjelasakannya.Entah bila dpt dibyr balik.....dan aku jg memberi pinjam sbyk rmxxxx utk ayah mendirikan rumah mengaji al Qurana(aku tahu niat ayah baik sebenarnya).Tapi berat jg hatiku utuk memberinya kerana di saat itu jglah MH terpaksa menjelaskan harga tanah yg baru kami beli sbyk rmxxxxxx.Aku dan Mh sudah berjanji utk tidak mengeluarkan wang TH kami kerana kami sudah ada niat utk ke sana.
Bila hati sudah marah mulalah terasa utk mengungkit pengorbananku selama ini.Dgn cucuran airmata aku cuba menyedarkan suami bhw kami bukannya org kaya raya utk tempat meminjam wang.Aku rasa adik-beradik Mh lebih berduit dr kami.Aku masih bertegas bahawa aku tidak merelakannya.Terhambur kata2 dr mulutku yg ayah tamakkan harta. Selepas Mh dimarahiku dia keluar ke kebun.Aku pula mencurahkan persaan mlalui sms kpd noje.....apa yg harusku buat.Noje menasihatiku spy beritahu ayah kononnya aku ingin membayar tanah keluarga dikg.
Ptg tersebut aku mogok tak makan,tak masak.Wpun aku sebenarnya hanya mengalas perutku dgn mee di waku pagi di sek krn sibuk menyiapkan hadiah hari guru.Anak2 pula bertanya uminya tak masak.Waktu malam aku hanya mengadap note book.Pagi esoknya pun aku tidak masak,tghari pun tidak.Tak tahulah aku Mh makan apa 2 hari ni.Mh, Afiq and Aifaa ke tusyen.Aku melilau di rumah tak tahu nak buat apa. Lalu terfikir olehku utk menyorok buku akaun suami.Kerana Mh belum menarik keputusannya aku mhantar sms kpdnya dgn didahuui dgn kata2 maaf........jk duit itu hak abg saya tidak kisah. tetapi itu hak saya.Saya lebih berhak.Ayah boleh menguasai anak2nya tapi bukan menantu2nya.Sy sudah lama berkorban jiwa dan perasaan.Jgn kerana ayah saya bermasam muka dgn abang.Saya rasa macam nak pergi sj dr sini buat sementara.Agaknya saya memang tidak sesuai hidup di sini dgn org2yg gila tanah(harta dunia)sedangkan bagi saya harta akhirat itu lebih bahagia.Kalau jiwa tidak ikhlas dan tenteram apa gunannya.Abang boleh beritahu ayah itu hak saya da n anak2 saya.Maaf....
SMS tersebut tidak berbalas.Senyap. SMS kedua ....saya ingin keluar ke Jerteh dgn anak2 utk menenangkan perasaan. Jawapan:ok.Jgn lupa tinggal kunci.Aku ke KFC bsama Imani,Izy & Amsyar.Slpas itu kami shopping hadiah hari guru.Jam 1 thari pulang ke rumah.Sementara Mh dan anak2 ke Masjid solat Jumaat aku dan Imani tdo.Kemudian aku lihat Mh ikut berbaring di sebelah Imani.Jam 4 ptg Mh mendekatiku dan menyatakan aku tidak perlu risau atau pening kepala lg. Semua dah settle katanya.Aku diam shja.
Slps Mh turun ke tanah membuat pagar aku mula memasak.Nampaknya mogokku sudah tamat.Berkesan juga ugutanku tadi.
Malam tu Izy sibuk meyiapkan kad ucapan utk ayahnya sempena hari guru bersama hadiah yg kami beli tghari tadi.Aku pula malas melayannya bila berty pendapatku utk menulis kata2.Cuma bila aku menyuruhnya membaca apa yg ditulis:Ayah ini hadiah dr Umi,Ayah yg Terbaik Buat Izy......dan aku menyuruhnya menambah dgn kata2:jgn sakiti hati umi lagi,Umi yg Terbaik Utk Ayah.
Pagi 15 Mei,kata MH:baru dapak peluk isteri.Aku tersenyum sendiri teringatkan perang dingin,perang saraf,mogok lapar, mogak masak.........Maafkan daku duhai suami.
Akhirnya Langkahku Sampai Di Sini
14 years ago
1 comment:
sedihnya baca
Post a Comment