Saturday, May 22, 2010

Selamat Hari Guru 2010 dan Hari Keluarga

16 Mei setiap tahun sentiasa ditunggu oleh warga pendidik. Begitu jugalah kami di SMKJ. Bulan Mei 2010 adalah bulan yg plg sibuk. Pd 7 dan 8 Mei kami dgn gembiranya merayakan Hari Keluarga di Lata Belantan.Aku dan beberapa teman yg lain sempat bermalam di sana.Pd mlmnya kami mengadakan BBQ.Keesokkan hari diwarnai dgn acara sukaneka dan sikecil kami tlh mdpt 4 hadiah.Afiq tempat pertama dlm mencari harta karun, izy tpt ke3 dlm peraduan mewarna,dan kami sekeluarga mndpt tpt ke5 dalm permainan Musang Berjanggut, dan akhirnya mdpt cabutan bertuah. Seronoklah bebudak tu.
10 Mei kami mengadakan solat Perdana dgn menjemput ustaz Ikhwan menyampaikan ceramah. Teringat daku akan kata2 ustaz, kalu nak marah suami, marahlah di waktu hendak tidur mlm dengan mengurut tangan suami atau ubun2 suami.Kalau nak gelang besar tu menangislah kuat2,lelaki biasanya kalah dgn airmata isteri.
Seterusnya 16 Mei kami menyambut kedatangan Hari Guru.Sebelumnya aku dan krew diamanahkan utk menyediakan hadiah2 dan cabutan bertuah kpd guru2.Byngkanlah kami terpaksa membeli beratus2 hadiah termasuk hadiah acara sukaneka.Aduh penatnya.Guru2 perempuan sempat berlatih utk nyanyian hari guru
Hari Ahad yg dinanti sudah tiba.Acara kami bermula dgn ucapan drp Ment. Pelajaran yg disampaikan oleh Pengetua. Seterusnya penyampaian cenderahati kpd semua guru drp pengawas sek.,pss, koperasi, pelajar2 dan pengurusan sek. aKu dan seorag teman sibuk menyelia pelajar menyampaikan hadiah. Seterusnya acara nyannyian lagu Guru Malaysia dan Guru Pembina Negara Bangsa oleh semua guru. Dlm kelam kabut utk menyanyi aku sibu mengenakan kot. sambil menyanyi, sambil pegang kertas dan satu tgn lagi asyik mengenakan butang kot. Tanpa kusedari anak2 di hadapanku tergelak2 kecil memandangku.Apahal bebudak ni ketawakan aku(kataku dlm hati).Ada seorg pelajar menunjuk2 ke arah bajuku.Aku memandang ke bawah.Astaghfirullah rupanya aku mengenakan butang macam pak uda.Malunya dlm hati.tapi buat selamba je.
Selepas itu kami bergambar beramai2, memotong kek hari guru dan menjamu selera. jam 10.30 pg acara sukanekan bemula. Jam 11.30 acara pentas dimulakan dan diselang seli dgn cabutan bertuah serta anugerah2 guru.Acara pentas diakhiri dgn acara nyanyian oleh guru2 perempuan. Sekali lg kami menjamu selera slm pulg. Penatnya hari tersebut tidak terkira.
3 hari sps itu kami mengadakan kursus dalaman, menyebabkan sepanjang minggu itu kepenatan. Dan satu lagi acara besar sedang menanti iaitu Hari Mesyuarat Agung PIBG yg akan diadakan pd 23 Mei.Satu lg tugas sdg menunggu iaitu menyediakan jamuan utk VVIP. 26 Mei sekali lg kami akan mengadakan kursus dalaman kerana sek kami dicalonkan utk ketegori meningkatkan prestasimelalui pembangunan organisasi. Bilalah nak adakan ulangkaji utk PTK.............penatnya mjadi guru......Selamat Hari Guru kpd semua guru yg sentiasa berkorban masa utk anak2 bangsa tercinta.

4 comments:

Nida said...

Selamat Hari Guru, Cik Ana. hehehe.. citer butang baju cam Pak Uda, tok tehe tu..

Ibu WA Alim said...

Buat ko dok? Hok ustaz royat tu?

Nasib baik senget..kalu terbuka, camno..? Kes ni pernah terjadi masa ambo matrik 1 d STSSS 82/83..masa tgh perhimpunan nyanyi lagu negaraku..pjgnya uuuu..tu budak2 lagukan..

Selamat Hari Guru.

cekna said...

Tq Nida.mmg malu abih.nasib baik cikgu2 tak tahu.anak murid jah kaba.2,3 ari pah tu ty lagi ....cikgu nyanyi sedap,tp bakpa butg baju senget? Jwpn:doh bakpo awak tok oyak awal2 ko cikgu?....Tunjuk doh,cg tok nampak...kata depa...

IWA: tak buat lg hok ustaz oyak tu.bila nak marah pisah pulak tido jauh2'.
kat dlm kot tu baju kurung
kalu terbuka butang tak kisah pulak.

Ibu WA Alim said...

Nasib baik butang kot..cikgu ambo dulu tu butang baju..

Tok baik tido pisoh wp tgh pere dingin..

Tau dok amale V Shidee..walau mcm mano pun tido mesti dlm 1 selimut dan genggam tgn suami..