30 ogos 2009- Lebih kurang jam 4.10 pagi aku bangun utk menggoreng lauk sahur. selalunya aku bangun jam 4.30 am.bibik pula biasanya bngun jam 4.40am.aku selalu bangun awal dr pembantu rumahku pd bln puasa ini.jam 4.45 bibik belum bangun.kata hatiku biarlah dia penat agaknya.hampir jam 5 aku mengetuk pintu bilik bibik.tiada jawpn.aku terus mengejutkan suami dan anak2.sekali lagi aku mengetuk bilik bibik...senyap.anak2ku sudah mengelilingi meja utk makan.kata suamiku bukala pintu tengok bibik entah2 dah 'keras'katanya.aku buka pintu bilik bibik jam 5.05 a.m. dan darahku tersirap.....macam tiada orang saja kata hatiku.bila kubuka lampu dan melihat ke tepi dinding beg bibik sudah tiada terus terpacul dr mulut ku "bibik dah tiada bang.dia dah lari".suamiku bingkas bangun terus melihat ke bilik.rasa spt terhenti sejenak jantungku berdenyut.anak2ku turut terkejut. Apalah salahku padanya?mula2 hatiku berkata entah2 bibik sakit sebab tu dia lari.kami terus meninjau setiap pintu rumah. yg pasti dia keluar ikut pintu depan dan pintu dikunci kembali.anak kunci dicampak ke dlm rumah. aku menuju ke meja makan , nasi sudah tak dapat kutelan.terfikirkan imani , macammana aku nak ke sekolah?aku sms zan.terus dia tel dgn nada terkejut bertanya macamana boleh lari.
6.55 am aku tel pengetua memaklumkan aku cuti emergency hari ni.kemudian sms kpd PK1.Selepas itu sms ko jah,tel bi dan sms nun. 8 pagi suami tel ejen.ejen salahkan kami krn meamberi bibik guna hnd set.jm 9 pgi kmi buat laporan polis. lepas tu pusing2 jteh kut2 jumpa bibik.
aku sms nur anak bibik di seremban "terima kasih kerana melarikan ibu".Nur menafikannya degn bersumpah atas nama Allah.Sejenak aku percaya.dia jg tel katanya risau akan ibunya.Bila bi nasiht aku jgn percya kataa2 sumpah org indonesia.aku terfikir balik memang anaknya menipu aku.ibunya tak tahu jlan ke mana2 di sini.pasti dia yg bawa lari kerana nur pernah bermalam di rumahku.
Ptg mek pula tel bertanya tak cari ko bibik?aku kata nak buat apa?kata mek tarik bawa balik rumah,suruh kerja sampai 2 tahun.aku tergelak kecil,mek kalau orang dah lari,bawa balikpun dia lari lagi.mujur tak bawa lari Imani dan lain2 barang2ku.
nasib baik besok cuti hari merdeka,kata hatiku bibik juga ingin merdeka dr tugas2 rumah yg sama saban hari dibuatnya.
aku dan suami cuba mengimbau kesilapan kami:
1-membenarkan bibik ada tel sendiri kerana kami tiada tel rumah
2-membenarkan anaknya beraya di rumah kami th lepas
3-menghantar wang gaji setiap hujung bulan ke indon
4-kata mertuaku bibik selalu cakap dia tak mahu jadi pembantu rumah,tapi terlanjur dah jadi
aku terfikir kembali adakah kerja di rumahku terlalu banyak?rasanya rutin bibik hanyalah mop lantai,sapu sampah ,mesin kain,jemur dan gosok baju.masak kadang2 saja kerana aku yg kerap masak/buln puasa ni aku masak sendiri semuanya.cuci kereta jarang2 sekali.biasanya aku basuh sdiri kereta.lap cermin pun dia tak buat.rumput2 dah lama dia tak cabut.sarang2 labah2 pula seingatku sekali saja dia buang sawan.mungkin yg penat terpaksa kemas bilik anak2 yg bersepah dan paling penting jaga imani di waktu pagi. bila suamiku balik sekolah terus dia yg jaga imani sementara menungguku pulang.
entahlah mungkin dia dah tak suka tinggal dgn kami atau kampungnya terlalu menggamit memanggilnya pulang utk beraya di kampung halaman.....
Akhirnya Langkahku Sampai Di Sini
14 years ago