Tuesday, September 15, 2009
part 1- bibik lari
6.55 am aku tel pengetua memaklumkan aku cuti emergency hari ni.kemudian sms kpd PK1.Selepas itu sms ko jah,tel bi dan sms nun. 8 pagi suami tel ejen.ejen salahkan kami krn meamberi bibik guna hnd set.jm 9 pgi kmi buat laporan polis. lepas tu pusing2 jteh kut2 jumpa bibik.
aku sms nur anak bibik di seremban "terima kasih kerana melarikan ibu".Nur menafikannya degn bersumpah atas nama Allah.Sejenak aku percaya.dia jg tel katanya risau akan ibunya.Bila bi nasiht aku jgn percya kataa2 sumpah org indonesia.aku terfikir balik memang anaknya menipu aku.ibunya tak tahu jlan ke mana2 di sini.pasti dia yg bawa lari kerana nur pernah bermalam di rumahku.
Ptg mek pula tel bertanya tak cari ko bibik?aku kata nak buat apa?kata mek tarik bawa balik rumah,suruh kerja sampai 2 tahun.aku tergelak kecil,mek kalau orang dah lari,bawa balikpun dia lari lagi.mujur tak bawa lari Imani dan lain2 barang2ku.
nasib baik besok cuti hari merdeka,kata hatiku bibik juga ingin merdeka dr tugas2 rumah yg sama saban hari dibuatnya.
aku dan suami cuba mengimbau kesilapan kami:
1-membenarkan bibik ada tel sendiri kerana kami tiada tel rumah
2-membenarkan anaknya beraya di rumah kami th lepas
3-menghantar wang gaji setiap hujung bulan ke indon
4-kata mertuaku bibik selalu cakap dia tak mahu jadi pembantu rumah,tapi terlanjur dah jadi
aku terfikir kembali adakah kerja di rumahku terlalu banyak?rasanya rutin bibik hanyalah mop lantai,sapu sampah ,mesin kain,jemur dan gosok baju.masak kadang2 saja kerana aku yg kerap masak/buln puasa ni aku masak sendiri semuanya.cuci kereta jarang2 sekali.biasanya aku basuh sdiri kereta.lap cermin pun dia tak buat.rumput2 dah lama dia tak cabut.sarang2 labah2 pula seingatku sekali saja dia buang sawan.mungkin yg penat terpaksa kemas bilik anak2 yg bersepah dan paling penting jaga imani di waktu pagi. bila suamiku balik sekolah terus dia yg jaga imani sementara menungguku pulang.
entahlah mungkin dia dah tak suka tinggal dgn kami atau kampungnya terlalu menggamit memanggilnya pulang utk beraya di kampung halaman.....
Thursday, June 18, 2009
RESIPI UTK ORG ARAB(he..he.. Nida lah tu)
600g udang harimau/udang kecil-celur sebentar-buang kulit
2 tangkai bunga kantan
2 batang serai
2 ulas bawang merah
5 biji cili padi/merah
8 biji limau kasturi/2 bj limau nipis
1 biji tomato
50g daun kesum/daun sop/daun ketumbar/yg sewaktu dengannya
Garam
Toskan udang yg telah dicelur.kemudian gaul dengan semua bahan yg telah dipotong kecil2.
Sebenarnya kadang2 resipi ni tak ikut manapun.main hentam saje apa2 ramuan yg ada.
Bagi resipi kat atas tadi yg membangkitkan selera bila aroma drp bunga kantan dan daun kesum.
Kat tanah arab tu ada ko daun kesum and bunga kantan? kalu tak dak tak yah la bubuh ganti je dgn daun2 yg disebutkan kat atas tadi.
Anak2 mesti tak makan kut.tak pa ini resipi pudding utk anak2 bujang nida.mesti suka.
Puding Marble
1 plastik agar2(25 g)
5 gelas air
3 bj telur
1 sd besar t,kastad
1 tin susu pekat manis
1 sd majerin
3 sudu koko
Sdikit air panas
Masak agar2. blend telur,kastad,susu.masukkan ke dalam agar2 yg telah hancur tadi.tambah majerin.kacau dan biar mendidih seketika.bhagikan kepada dua bahagian(1:2).kacau koko dgn air panas,masukkan ke dalam adunan yg sedikit.
Ambil bekas-tuang di tengah2 bekas secaraberselang seli.mula-mula 2 senduk bhgian yg byk dan satu senduk adunan koko.mesti dituang ditengah2 sepanjang masa. Sudah selesai iraikan dgn garpu supaya menjadi macam sarang labah2. sejukkan. Sekian selamt mencuba….
Thursday, May 28, 2009
Selamat Hari Guru
Hari guru sudah berlalu. Tetapi peristiwa pada hari itu masih lagi di ingatan. Minggu lepas sudah kucuba mencoret tentang hari guru tetapi tiba2 black out dan talian internet pun terganggu.Sia2lah kerja ku pd hari tersebut yg hampr siap utk publish.
Saban tahun Hari Guru disambut dgn meriahnya oleh warga pendidik. Begitu jg kami di SMKJ. Kalau tahun2 sudah aku menyambutnya di SMKP th ini pula di tempat baru. Masih ku ingat aku memenangi pertandigan masakan kerabu udang di SMKP pd sambutan hari guru dua tahun lepas. Menjadi juga cubaanku. Tahun ini di sekolah baru pula diadakan pertandingan menulis sajak. Dan……jeng….jeng.terkejut jg bila diumumkan memenangi tempat pertama. Bila pulang dr sek hari tu aku menunjukan cenderamata yg ku dpt kpd MH. Terkejut bewaklah MH, dia kata puitis jg aku ni. Lepas tu dia kata mesti tak ada org yg menyertai pertandinagan tersebut.Sorylah bang tempat pertama,kedua, ketiga dan ke..ke…yg seterusnya pun ada Dia tak puas hati lagi, dia kata mesti aku ciplak sajak orang lain.ala bang ini orilah,kataku.
Teringat aku semenjak aku kahwin memang aku tak pernah menulis sajak. Masa sekolah dulu aku memang minat menulis. Itupun mungkin terikut2 IWA yg selalu menulis sajak. Teringat dulu aku suka baca sajak2 IWA. Patutlah MH tak tahu aku minat Kest. Melayu dulu. Di sini kupaparkan sajakku utk tatapan semua:
Perjuangan Seorang Guru
(Ingatan pada seorang teman guru yang telah kembali ke Rahmatullah pada Disember 2008)
Tanggal 16 Mei
Lahirlah seorang puteri bercita-cita tinggi
Mendidik anak-anak ilmu Kira-kira
Di bumi Besut yang tercinta
Keringatmu gugur bersama deraian air mata
Siang berganti malam
Tanpa keluh tanpa kesah
Engkau rela demi anak-anak bangsa
Tanpa disedari
Leaukimia datang menjengah
Lemah longlai tubuh kerdilmu
Namun kau terus berdiri
Berjuang demi pertiwi
Disember yang rakus
Aku terkedu di sudut pintu
Engkau telah pergi menyahut panggilan Ilahi
Kali terakhir menatap wajahmu
Putih bersih secalit senyuman
Kuiringi dengan ayat-ayat suci Al-Quran
Semoga rohmu dicucuri rahmatNya
Dengan satu tekad
Perjuanganmu kuteruskan
Mendidik anak-anak tercinta.
GKMP T & V
Al-Fatihah buat Allahyarhamah. Tak lupa juga tolong sedekahk l-Fatihah buat bapa saudaraku yg juga seorang guru dan telah kembali ke Rahmatullah pada 24 Mei 2009.Amin......
Thursday, April 23, 2009
Kesian Imani
Syukur juga kerana si ayah pulang awall.Biasanya jam 1.4o ayah Imani sudah pulang. Dia akan mengambil alih tugas bibik mendukung Imani sambil menunggu aku pulanga.
Masuk bulan ketiga barulah Imani serasi dengan situasi kehidupan barunya yg terpaksa ditinggalkan ibu. Dan aku pula semakin sibuk dengan tugasan harian yg semakin menimbun. Tahun lepas aku boleh rileks kerana bos kesiankan aku yg sarat di waktu itu. Tahun ini terpaksalah aku menurut perintah bos yg tak pernah kering dengan pelbagai idea baru. Dan semakin lewatlah aku pulang,jam 3.30 baru tiba ke rumah. Kesiannya Imani bila kupulang tanganya menggapai2. Dengar sahaja suara ibunya terus menjerit mahu menyusu badan. Belum sempat kubuang baju sekolah bahuku disondol atau digigitnya.
Aku amat beruntung saat ini kerana Imani tidur awal pd waktu malam dan bila bangun pagi tidak pernah menangis. Sedang kami bersiap ke sekolah dia akan bangun dengan satu senyuman kecil. Berbanding waktu kecil dulu Imani kerap menangis. Kini tidak lagi. Imani semakin `buas' menyulur ke sana kemari. Punggungnya dah tertonggeng2 ingin merangkak agaknya.
Ketika ini abang2 dan kakak2nya pergi mengaji.Imani sedang berputar2 di atas walkernya di hadapan tv dan aku menghadap komputer.........
Wednesday, February 18, 2009
Teman lama 85
patutlah semenjak dua menjak ni hati saya selalu kata dia ada kat T.saya pernah lihat nama dia dlm senarai kursus bersama MH tahun lepas.Sy dah suruh MH cari empunya nama.tapi yelah dlm ramai2 cg mana satu tak tahu.
Syukur Tuhan mempertemukan kami dan saya bkata dlm hati mujur sy gi ganti kawan saya ke ppd.kami btukar2 no. hs.Sehari lepas tu dia sms sy menyatakan betapa gbiranya dia.Rupanya bila dia btukar ke B pd tahun 2003 dia dah dpt tahu sy di sini dan cuba mencarinya.Kami serupa.
Dan terasa betapa kecilnya dunia bila dia beritahu nama suaminya,MH kata kawannya dan best friend abg ipar sy,Y.Bila cakap nama abg ipar saya dia terus ty siapa kakak saya tu?Dia pun ingat Z krn kami sama2 di SMKRP.
Kami sama2 ada 5 org anak.Dan dia sedang menunggu kelahiran yg keenam bulan April nanti.
Masa sek dulu sy dok depan nga N.dia di belkg sy nga R.saya dan dia sama2 rindukan R.Di antara kami berempat hy R yg tak meneruskan pengajian kerana disuruh bapanya kahwin awal.kami bertiga dah jadi cg dan saya masih ingat lg pesanan R kpd saya"awak teruskanlah cita2 saya utk menjadi seorg pendidik kerana sy tidak dapt lg menggapainya."Aduhai teman sedihnya saya......kami ingin sgt bertemu dgnnya...bahagiakah dia?
Byk sgt kngn kami di SMKRP.lain kali kami ingin bertemu dan bercerita kisah lama.
Sahabat yg kusayangi wan natrah,org Golok.Selamt bertemu kembali..
Allah maha kaya.