Hari guru sudah berlalu. Tetapi peristiwa pada hari itu masih lagi di ingatan. Minggu lepas sudah kucuba mencoret tentang hari guru tetapi tiba2 black out dan talian internet pun terganggu.Sia2lah kerja ku pd hari tersebut yg hampr siap utk publish.
Saban tahun Hari Guru disambut dgn meriahnya oleh warga pendidik. Begitu jg kami di SMKJ. Kalau tahun2 sudah aku menyambutnya di SMKP th ini pula di tempat baru. Masih ku ingat aku memenangi pertandigan masakan kerabu udang di SMKP pd sambutan hari guru dua tahun lepas. Menjadi juga cubaanku. Tahun ini di sekolah baru pula diadakan pertandingan menulis sajak. Dan……jeng….jeng.terkejut jg bila diumumkan memenangi tempat pertama. Bila pulang dr sek hari tu aku menunjukan cenderamata yg ku dpt kpd MH. Terkejut bewaklah MH, dia kata puitis jg aku ni. Lepas tu dia kata mesti tak ada org yg menyertai pertandinagan tersebut.Sorylah bang tempat pertama,kedua, ketiga dan ke..ke…yg seterusnya pun ada Dia tak puas hati lagi, dia kata mesti aku ciplak sajak orang lain.ala bang ini orilah,kataku.
Teringat aku semenjak aku kahwin memang aku tak pernah menulis sajak. Masa sekolah dulu aku memang minat menulis. Itupun mungkin terikut2 IWA yg selalu menulis sajak. Teringat dulu aku suka baca sajak2 IWA. Patutlah MH tak tahu aku minat Kest. Melayu dulu. Di sini kupaparkan sajakku utk tatapan semua:
Perjuangan Seorang Guru
(Ingatan pada seorang teman guru yang telah kembali ke Rahmatullah pada Disember 2008)
Tanggal 16 Mei
Lahirlah seorang puteri bercita-cita tinggi
Mendidik anak-anak ilmu Kira-kira
Di bumi Besut yang tercinta
Keringatmu gugur bersama deraian air mata
Siang berganti malam
Tanpa keluh tanpa kesah
Engkau rela demi anak-anak bangsa
Tanpa disedari
Leaukimia datang menjengah
Lemah longlai tubuh kerdilmu
Namun kau terus berdiri
Berjuang demi pertiwi
Disember yang rakus
Aku terkedu di sudut pintu
Engkau telah pergi menyahut panggilan Ilahi
Kali terakhir menatap wajahmu
Putih bersih secalit senyuman
Kuiringi dengan ayat-ayat suci Al-Quran
Semoga rohmu dicucuri rahmatNya
Dengan satu tekad
Perjuanganmu kuteruskan
Mendidik anak-anak tercinta.
GKMP T & V
Al-Fatihah buat Allahyarhamah. Tak lupa juga tolong sedekahk l-Fatihah buat bapa saudaraku yg juga seorang guru dan telah kembali ke Rahmatullah pada 24 Mei 2009.Amin......
10 comments:
cik ana, nak alamat e-mail deh
TQ
wahh berbakat ya. menang pertandingan memasak la, tulis sajak ka.
saya hari tu menang tulis slogan, dapat hadiah percutian ke sabah. belum gak pergi lagi coz DH busy memanjang
UAA ini CA punya e-mail nikna8@gmail.com
Ye la YM kakak awak ni memang berbakat orgnya....
Buku koleksi sajak saya tu dah entah ke mana..jgn2 awak simpan..?
Skrg ni tak larat nak pulas jiwa ni..tak mau jiwang jugak..jadi takleh dah nak tulis sajak mcm dulu2..hu..m!
Tahniahla dpt no.1..ccaya..ccaya..sbb warisi bakat kakak dia..!
Nama bapa saudaramu itu sudah tercacat d persada siber..krn kalau awak search SKGS..akan jumpa sejarah sek yg mencatatkan nama Che Tok Jusoh (pengasas)..Pak Cik Ya (Pengerusi PIBG) dan Pak Su Tar (guru awal..GB pertama..mungkin sbnrnya menjlnkan tugas GB kot..)
Selamat Hari Guru! Tahniahla menang pertandingan memasak, tok se kosi ko resepi tuh? sedapp jer bunyinyer, nak menitik rasa air liur ni.
Ida mmg kagum ngan adik-bradik umi yang pandai bersajak. Umi pun bijak bersajak. Selalu terkenang sajak umi terpampang di dinding masa ayah mula2 kena stroke dulu.
Oh..Cy ingat lagi sajak yg dilakar dgn hasil kerja tangan (cross stitch) tu..tp tak ingat dah wordingnya..cuma ingat..ianya menyentuh hati..
Mengenang kembali Dec 1994 itu..tersgtlah menyentuh hati..kasih seorg isteri..dan adik beradik.. dan saudara mara..
amboi IWA main tuduh2 ya.sy ingatkan awak masih simpan koleksi tu.tapi kalu awak tulis sajak sekrg ni mesti seronok jg kita org baca.tqlah krn puji sy.
Hai Nida seronoknya awak di sana.nak resipi nanti CA tulis kat blog.
Kalu awak tak sipe maknanya kena baka ko Noje lah tu..byk jugak rasanyo harta benda saya kena baka ko dio..mete2la dia jadi tue rumah lps kito serema chow..
Jgn mare..
ya la kut kena bakar tu.dulu pun masa noje dok umah masa saya balik mek tanya nak dak harta benda sy dlm kabinet kat ruang tamu tu.dia kata kalu tok ser nak bakar. saya pun royak tok ser sebab malas nak kelebek.
salam akak..best sajak tu..baru ni oni baca..best.. akak nak gi ke bukit kluang ke besok? kena jaga budak tak..?atas meja cikgu madi ada jadual..ada nama kita kena gi ari sabtu..tp ckgu baha tak cakap pape pun..jadual pun tak sampai ke tangan ni..confuse gak ni..dahtu nk gi kenduri rumah Raja Norlida tak?
Post a Comment